Saturday, September 7, 2019

SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN


1.1 DEFINISI SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN


Image result for GAMBAR KARTUN BELAJAR SAMA-SAMAImage result for GAMBAR KARTUN BELAJAR SAMA-SAMA

Sistem Pengurusan Pembelajaran adalah atau lebih dikenali sebagai Learning Managment System(LMS).LMS merupakan sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran,dokumentasi dan laporan program latihan,kelas serta aktiviti dalam talian,e-learning program dan kadar latihan.LMS juga merupakan satu projek yang dirintis berdasarkan kerjasama di antara Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) dan MAMPU. MAMPU telah merintis LMS di bawah inisiatif Open Source Software(OSS).

 LMS boleh dibahagikan kepada dua kategori,iaitu proprietary dan open source. 

➜Contoh LMS proprietary yang biasa digunakan adalah Blackboard 
➜Contoh bagi LMS open source pula ialah Moodle  dan digunakan secara meluas kerana ia adalah percuma dan boleh di ubah suai. LMS di SPIN pula ialah merupakan sistem pengurusan pegajaran dan pembelajaran interaktif.

Image result for moodleImage result for moodle

1.2 CIRI-CIRI SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN


⏭Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) biasanya menggunakan internet melalui e-pembelajaran yang diperoleh di laman web universiti atau kolej. 
⏭SPP digunakan untuk membantu memudahkan pengurusan dilakukan ke atas pelajar, subjek-subjek setiap semester, membantu pensyarah mengurus subjek yang ditawarkan dan pentadbiran sepanjang pengajian di universiti, institut dan kolej.

Berikut merupakan contoh sistem pengurusan pembelajaran yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
Image result for sistem pengurusan pembelajaran UIA

1.3 KEGUNAAN SISTEM PEMBELAJARAN

⬌Sistem Pengurusan Pembelajaran atau LMS mampu memberi impak kepada asas aktiviti institusi pendidikan.      
⬌LMS juga memainkan peranan di dalam latihan dan pengukur kemahiran perniagaan.

⬌ Ia perlu diselarikan dengan prosedur standard untuk semua aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pengajaran termasuk menangani isu-isu dasar yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti ini.

⬌Hasilnya terhadap pilihan LMS sama ada komersial atau sumber terbuka, telah menggabungkan semua isu ini di dalam pelaksanaannya.
⬌LMS biasanya menawarkan pelbagai alatan untuk menyediakan kursus yang lebih berkesan dan ia adalah alatan yang sesuai untuk memperkemaskan pembelajaran dengan menggunakan kelebihan yang terdapat di internet tanpa mengabaikan kepentingan seorang guru.

Moodle merupakan salah satu perisian sistem LMS yang dikategorikan sebagai sumber terbuka dan dilihat mempunyai nilai yang tinggi dan paling tinggi penggunaannya di dalam komuniti pendidikan, khususnya pendidikan tinggi dan universiti.

⇒Kelebihan utama perisian sumber terbuka ialah kos pelesenannya dihapuskan tidak seperti LMS yang komersil.  
⇒ Kedua ialah perisian Sumber terbuka mempunyai fungsi yang boleh disesuaikan dan diubah untuk memenuhi keperluan pengguna. 
⇒ Ketiga,sokongan bantuan terhadap sumber terbuka adalah amat kuat.

Moodle semakin mendapat populariti dalam kalangan universiti dunia dan sama ada yang sedang digunakan atau telah lama digunakan di beberapa universiti dunia.  Kebanyakan laman web universiti-universiti di United Kingdom telah mendedahkan penggunaan penuh mereka terhadap Moodle termasuklah Kent,Essex, Bath, Birmingham, Glasgow,Open University and City of Dublin. Universiti yang menggunakan Moodle ialah UNITEN.

Contoh Laman Sesawang Moodle yang digunakan di UNITEN atau Universiti Tenaga Nasional Berhad



1.4 KEPENTINGAN SISTEM PEMBELAJARAN

1.Pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa.Hal ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif.

2.Penggunaan kos secara efektif.Pembelajaran secara efektif melalui talian ini membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan secara digital atau laman web.

3.Berpeluang untuk berbincang dengan pakar dari universiti melalui emel atau blackboard.

4.Memberikan pelbagai kemudahan samaada untuk pelajar,pengurus kursus,tutor,pengurus pusat pembelajaran.

5.Pelajar dapat merancang pembelajaran,dapat berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan sekelas secara maya dan memboleh pelbagai maklumat didapati.

6.Pengurus pusat pembelajaran pula adalah,untuk menguasai penggunaan suatu perisian kursus dan dan dapat menyalur bahan dari pelbagai sumber.

7.Pengurus kursus adalah,dapat mendaftarkan pelajar mengikut kursus serta dapat menjalankan program kepada pelajar.




Antara Open Source(Sumber Terbuka ) yang ditawarkan dalam LMS

1.Adobe Captivate
Image result for adobe captiVATE

2.Adobe Photoshop
Image result for adobe photoshop

3.DOS(Disk Operating System)

Image result for dos

4.UNIX
Image result for unix


5.UNUX

Image result for unUX



RUJUKAN

1.Harris, M. dan Wilson, V, 2003. “Designing the Best : A Review of Effective Teaching and Learning of Design and Technology”. International Journal of Technology and Design Education. 13, ms. 223 – 241.

2.Nabila Azfar. (2016, September 26). Sistem Pengurusan Pembelajaran(LMS). Retrieved from e-Kemahiran Belajar: http://cikgunabilazfar.blogspot.com/2016/09/bab-8-sistem-pengurusan-pembelajaran.html

3.Tan Ai Lee. (2018). Kemahiran Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

4.Zimmerman, B. J, 1990. “Self-regulated learning and academic achievement : an overview”. Journal of educational Psychology. 25 (1), ms. 3 – 17.

5.Aqif Hassan. (2018, Julai 26). Sekolah Digital. Retrieved from Harian Metro Online: https://www.hmetro.com.my/itmetro/2018/07/361921/sekolah-digital


Video



No comments:

Post a Comment

KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT DAN PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS

Kemahiran Memproses Maklumat & Penyediaan Bahan Bertulis Dikarang oleh: Farisha Binti Mahashim Kemahiran memproses maklumat merupa...