PENYESUAIAN SOSIAL
Dikarang oleh : Adelinda Anthony
Penyesuaian
sosial merupakan satu proses interaksi antara individu dengan persekitaran dan
dalam usaha individu berkenaan untuk memenuhi keperluannya dan mencapai
matlamat dalam sesuatu persekitaran. Penyesuaian berlaku dalam pelbagai aspek
seperti sikap, tingkah laku, hubungan dengan masyarakat dan cara kehidupan.
Pelajar perlu mempunyai penyesuaian sosial yang tinggi dengan pensyarah,
rakan-rakan dan persekitaran untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
pendidikan.
|
Rajah 1 menunjukkan isu-isu yang akan dibincangkan dalam penyesuaian
sosial
1.1 KEMAHIRAN INTERPESONAL
Kemahiran
interpersonal merujuk kepada algoritma mental dan berkomunikasi yang digunakan
semasa komunikasi dan interaksi sosial untuk mencapai kesan atau keputusan tertentu.
Menurut teori Multiple Intelligences ( Gardner, 1993 ) kemahiran interpersonal
merupakan keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain dan memahami mereka.
Kepentingan
hubungan interpersonal ialah:
- Melahirkan persefahaman yang baik antara pelajar
- Membantu guru menggunakan pelbagai bentuk komunikasi yang baik.
- Meningkatkan kepekaan guru dengan keperluan kemanusiaan pelajar
- Meningkatkan kebolehan guru kepada konsep pemusatan pelajar.
Rajah 2 menunjukkan kemahiran interpersonal.
1.2 KEMAHIRAN INTRAPERSONAL
Kemahiran intrapersonal adalah keupayaan kognitif seseorang untuk memahami dan mengenali diri sendiri. Kemahiran intrapersonal yang dimiliki oleh seseorang membolehkan mempunyai tanggapan terhadap diri sendiri, kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan serta kemampuan untuk mendisiplinkan diri dan jati diri.
Rajah 3
menunjukkan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar untuk
memperbaiki kemahiran intrapersonal.
1.3 PELAJAR SEBAGAI AHLI KOMUNITI PEMBELAJARAN
Komuniti
pembelajaran boleh diertikan sebagai kumpulan manusia yang saling berkongsi,
bertindak secara koperatif, dan kolaboratif, mempunyai matlamat yang dikongsi
bersama serta saling membantu dalam proses belajar. Pembelajaran dalam bentuk
komuniti pembelajaran sesuai dengan cara semula jadi manusia belajar dan sesuai
dengan keadaan sebenar dunia.
Rajah 4 menunjukkan pelajar sebagai ahli komuniti pembelajaran
1.4 ISU-ISU PERKONGSIAN MAKLUMAT
Perkongsian maklumat melibatkan proses penemuan dan mendapatkan maklumat,
penapisan dan penyusunan maklumat, dan nilai yang terhasil daripada perkongsian dan penggunaan
maklumat pengetahuan tersebut dalam sesebuah
organisasi. Penggunaan ICT dalam P&P boleh dijalankan oleh semua guru dan
juga dalam semua matapelajaran sekiranya kita mengetahui cara-cara pengendalian
peralatan ICT dengan betul. Pengetahun yang luas dalam bidang ICT ini bukan
sahaja dapat menambahkan maklumat, malah kita juga dapat berkongsi maklumat
melalui aplikasi-aplikasi yang tertentu yang terdapat dalam ICT.
Rajah 5 menunjukkan perkongsian
maklumat melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
1.5 ISU GENDER DALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
Gender
adalah perbezaan sifat, peranan, fungsi, dan status antara lelaki dan perempuan
dalam perjanjian sosial dan juga aspek biological. Peranan antara lelaki dan
perempuan berubah mengikut budaya, keadaan dan situasi di mana mereka berada.
Kebimbangan pelbagai pihak mengenai jurang kecemerlangan akademik antara
pelajar lelaki dan perempuan perlu diberi perhatian demi memastikan proses
kelangsungan pendidikan antara dua gender itu dapat diimbangi dengan baik.
Rajah
6 menunjukkan isu gender dalam kecemerlangan akademik.
RUJUKAN
Fitriah, A.
(2013). Hubungan kepercayaan diri dengan penyesuaian sosial.
Wima Bin Ary, T.
R. (2005). HUBUNGAN KONSEP DIRI DENGAN PENYESUAIAN SOSIAL, 12.
|
No comments:
Post a Comment