Saturday, September 7, 2019

KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT DAN PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS

Kemahiran Memproses Maklumat & Penyediaan Bahan Bertulis

Dikarang oleh: Farisha Binti Mahashim
  • Kemahiran memproses maklumat merupakan peringkat untuk menguji kebolehan pelajar menggabungkan, mengintegrasikan, atau mencantumkan idea-idea serta mentafsirkan dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip iduksi atau deduksi
  • Tujuannya supaya bahan berkenaan boleh digunakan untuk menghasilkan penulisan yang diperlukan mengikut kehendak soalan tugasan kerja kursus. 



Menganalasis Maklumat Yang Dikumpul

  • Analisis data merupakan  satu proses menggunakan data bagi memberikan maklumat yang berguna  untuk mencadangkan kesimpulan dan menyokong setiap keputusan yang bakal diambil
  • Bentuk maklumat yang perlu dianalisis ialah maklumat berbentuk kuantitatif dan kualitatif.
  • Tujuan untuk menganalisis data adalah seperti berikut :-
    • Menghubungkaitkan fakta
    • Mensintesiskan data
    • Membandingkan fakta
    • Membaca yang tersirat
    • Membuat kesimpulan

Mentafsir dan Membuat Kesimpulan 

  • Maklumat dalam bentuk teks boleh ditafsirkan menggunakan kaedah analisis dokumen dengan mendapatkan tema-tema atau menyatakan semula apa yang dikatakan dalam bentuk naratif. Berikut merupakan langkah untuk mentafsir maklumat dalam bentuk teks
  • Tujuan:
    • Mengesan pola atau corak berdasarkan maklumat yang diperoleh
    • Menyatakan hubungan di antara maklumat
    • Membuat kesimpulan berdasarkan data yang dikumpulkan
  • Prinsip asas dalam pentafsiran  terhadap maklumat yang anda perolehi 
    • Data yang holistik
    • Memastikan keseimbangan  dalam memberikan pendapat
    • Pentafsiran yang tidak mengetepikan unsur humanistic
  • ciri pentafsiran yang boleh anda gunakan untuk tafsiran terhadap maklumat yang anda perolehi :-
    • Bersifat holistik
    • Berasaskan elemen
    • Merujuk kriteria
    • Panca instrumen
    • Berpusatkan bahan dan elemen
    • Pelbagi bentuk
    • On-line
    • Berterusan

Menilai

  • Terdapat dua perkara yang penting untuk menilai maklumat iaitu menilai maklumat yang ingin digunakan sebagai rujukan dan menilai maklumat dalam penulisan. Maklumat dalam penulisan dilakukan dengan membuat pertimbangan dan memberi rasional dengan sebab-sebab yang kukuh. Kesimpulan dibuat berdsarkan hasil analisis dan tafsiran yang dibuat.
  • Penilaian juga dilakukan keatas maklumat yang ingin dijadikan bahan rujukan berdasarkan beberapa kriteria dan standard-standard untuk menilai keberkesanan maklumat tersebut. Antaranya ialah :
    • Autoriti – kebolehpercayaan sesuatu maklumat
    • Ketepatan – maklumat yang benar memberi manfaat kepada pembaca
    • Saksama – bersifat adil dan neutral
    • Nilai semasa – maklumat terkini
    • Lengkap dan jelas – memberikan gambaran jelas dan lengkap mengenai sesuatu isu.


Mesintesis Maklumat Untuk Menghasilkan Bahan Bertulis





APA ITU LAPORAN?

  • Sesuatu yang dilaporkan, maklumat tentang sesuatu kedudukan (masalah yang dihadapi dll) yang dilaporkan. Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007)
  • Aktiviti menyatakan sesuatu maklumat secara logik dan tersusun.
  • Memberikan maklumat dan fakta mengenai sesuatu perkara
  • Satu persembahan atau penyampaian maklumat

                 LAPORAN YANG TEPAT

  • Membuat sesuatu penyelidikan atau aktiviti
  • Membuat rekod sesuatu peristiwa
  • Menganalisia aktiviti
  • Mensintesis sesuatu pelan tindakan
  • Menghuraikan sesuatu peristiwa,prosedur dan tindakan
                         

                PERSEDIAAN MEMBUAT LAPORAN

  • Kenapa laporan ini perlu dibuat (why?)
  • Apa tujuan/objektif laporan (what?)
  • Jangka Masa (when?)
  • Pihak yang meminta laporan dibuat (Who?)
  • Untuk siapa,siapa sasaran/pembaca (whom?)
  • Skop /lingkungan (scope?)
                           5w+1s

cara penyediaan laporan adalah seperti yang berikut :

  • memilih topik sekiranya tidak diberikan
  • mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber
  • meneliti dan memilih maklumat yang relevan dengan topik
  • membuat nota
  • menyediakan kerangka laporan
  • menulis draf pertama dan mengenal pasti sumber yang dipetik
  • melengkapkan laporan dengan jadual, raf dan bahan grafik lain yang sesuai
  • menyemak draf
  • membuat pemurnian dan menulis draf kedua
  • menerbitkan laporan


Cara lain adalah penulis membahagikan penulisan kepada beberapa peringkat.Peringkat tersebut adalah seperti berikut :

  • menyusun maklumat
  • prosedur membuat rangka
  • memilih tajuk penulisan
  • menulis mengikut format
  • menulis pengenalan
  • menulis isi
  • menulis penutup
  • menulis sumber rujukan
  • periksa setiap bahagian
  • semak ejaan dan bahasa


                 Panduan menulis laporan

  • Tajuk kajian,nama pengkaji,tarikh laporan selesai
  • Penghargaan
  • Abstrak
  • Halaman kandungan
  • Latar belakang kajian
  • Pernyataan masalah
  • Objektif kajian
  • Metadologi kajian
  • Perancangan
  •  Pelaksanaan perancangan
  • Dapatan kajian
  • Refleksi
  • Kesimpulan dan cadangan
  • Rujukan
  • Lampiran
Rujukan

  1. Syed Ismail Syed Mustapha, Ahmad Subki Miskon & Aliza Adnan. (2015). Kemahiran Belajar. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.
  2. Syed Ismail, Ahmad Subki dan Aliza Adnan. (2014).Kemahiran Belajar. Puchong Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
  3. Kemahiran Belajar. (2013). Menganalisis maklumat yang dikumpul. Diakses dari https://sites.google.com/site/kemahiranbelajar123/bab-6-kemahiran-memproses-maklumat-penyediaan-bahan-bertulis/6-1-menganalisis-maklumat-yang-dikumpul-1

No comments:

Post a Comment

KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT DAN PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS

Kemahiran Memproses Maklumat & Penyediaan Bahan Bertulis Dikarang oleh: Farisha Binti Mahashim Kemahiran memproses maklumat merupa...