Saturday, September 7, 2019

KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT DAN PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS

Kemahiran Memproses Maklumat & Penyediaan Bahan Bertulis

Dikarang oleh: Farisha Binti Mahashim
  • Kemahiran memproses maklumat merupakan peringkat untuk menguji kebolehan pelajar menggabungkan, mengintegrasikan, atau mencantumkan idea-idea serta mentafsirkan dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip iduksi atau deduksi
  • Tujuannya supaya bahan berkenaan boleh digunakan untuk menghasilkan penulisan yang diperlukan mengikut kehendak soalan tugasan kerja kursus. 



Menganalasis Maklumat Yang Dikumpul

  • Analisis data merupakan  satu proses menggunakan data bagi memberikan maklumat yang berguna  untuk mencadangkan kesimpulan dan menyokong setiap keputusan yang bakal diambil
  • Bentuk maklumat yang perlu dianalisis ialah maklumat berbentuk kuantitatif dan kualitatif.
  • Tujuan untuk menganalisis data adalah seperti berikut :-
    • Menghubungkaitkan fakta
    • Mensintesiskan data
    • Membandingkan fakta
    • Membaca yang tersirat
    • Membuat kesimpulan

Mentafsir dan Membuat Kesimpulan 

  • Maklumat dalam bentuk teks boleh ditafsirkan menggunakan kaedah analisis dokumen dengan mendapatkan tema-tema atau menyatakan semula apa yang dikatakan dalam bentuk naratif. Berikut merupakan langkah untuk mentafsir maklumat dalam bentuk teks
  • Tujuan:
    • Mengesan pola atau corak berdasarkan maklumat yang diperoleh
    • Menyatakan hubungan di antara maklumat
    • Membuat kesimpulan berdasarkan data yang dikumpulkan
  • Prinsip asas dalam pentafsiran  terhadap maklumat yang anda perolehi 
    • Data yang holistik
    • Memastikan keseimbangan  dalam memberikan pendapat
    • Pentafsiran yang tidak mengetepikan unsur humanistic
  • ciri pentafsiran yang boleh anda gunakan untuk tafsiran terhadap maklumat yang anda perolehi :-
    • Bersifat holistik
    • Berasaskan elemen
    • Merujuk kriteria
    • Panca instrumen
    • Berpusatkan bahan dan elemen
    • Pelbagi bentuk
    • On-line
    • Berterusan

Menilai

  • Terdapat dua perkara yang penting untuk menilai maklumat iaitu menilai maklumat yang ingin digunakan sebagai rujukan dan menilai maklumat dalam penulisan. Maklumat dalam penulisan dilakukan dengan membuat pertimbangan dan memberi rasional dengan sebab-sebab yang kukuh. Kesimpulan dibuat berdsarkan hasil analisis dan tafsiran yang dibuat.
  • Penilaian juga dilakukan keatas maklumat yang ingin dijadikan bahan rujukan berdasarkan beberapa kriteria dan standard-standard untuk menilai keberkesanan maklumat tersebut. Antaranya ialah :
    • Autoriti – kebolehpercayaan sesuatu maklumat
    • Ketepatan – maklumat yang benar memberi manfaat kepada pembaca
    • Saksama – bersifat adil dan neutral
    • Nilai semasa – maklumat terkini
    • Lengkap dan jelas – memberikan gambaran jelas dan lengkap mengenai sesuatu isu.


Mesintesis Maklumat Untuk Menghasilkan Bahan Bertulis





APA ITU LAPORAN?

  • Sesuatu yang dilaporkan, maklumat tentang sesuatu kedudukan (masalah yang dihadapi dll) yang dilaporkan. Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007)
  • Aktiviti menyatakan sesuatu maklumat secara logik dan tersusun.
  • Memberikan maklumat dan fakta mengenai sesuatu perkara
  • Satu persembahan atau penyampaian maklumat

                 LAPORAN YANG TEPAT

  • Membuat sesuatu penyelidikan atau aktiviti
  • Membuat rekod sesuatu peristiwa
  • Menganalisia aktiviti
  • Mensintesis sesuatu pelan tindakan
  • Menghuraikan sesuatu peristiwa,prosedur dan tindakan
                         

                PERSEDIAAN MEMBUAT LAPORAN

  • Kenapa laporan ini perlu dibuat (why?)
  • Apa tujuan/objektif laporan (what?)
  • Jangka Masa (when?)
  • Pihak yang meminta laporan dibuat (Who?)
  • Untuk siapa,siapa sasaran/pembaca (whom?)
  • Skop /lingkungan (scope?)
                           5w+1s

cara penyediaan laporan adalah seperti yang berikut :

  • memilih topik sekiranya tidak diberikan
  • mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber
  • meneliti dan memilih maklumat yang relevan dengan topik
  • membuat nota
  • menyediakan kerangka laporan
  • menulis draf pertama dan mengenal pasti sumber yang dipetik
  • melengkapkan laporan dengan jadual, raf dan bahan grafik lain yang sesuai
  • menyemak draf
  • membuat pemurnian dan menulis draf kedua
  • menerbitkan laporan


Cara lain adalah penulis membahagikan penulisan kepada beberapa peringkat.Peringkat tersebut adalah seperti berikut :

  • menyusun maklumat
  • prosedur membuat rangka
  • memilih tajuk penulisan
  • menulis mengikut format
  • menulis pengenalan
  • menulis isi
  • menulis penutup
  • menulis sumber rujukan
  • periksa setiap bahagian
  • semak ejaan dan bahasa


                 Panduan menulis laporan

  • Tajuk kajian,nama pengkaji,tarikh laporan selesai
  • Penghargaan
  • Abstrak
  • Halaman kandungan
  • Latar belakang kajian
  • Pernyataan masalah
  • Objektif kajian
  • Metadologi kajian
  • Perancangan
  •  Pelaksanaan perancangan
  • Dapatan kajian
  • Refleksi
  • Kesimpulan dan cadangan
  • Rujukan
  • Lampiran
Rujukan

  1. Syed Ismail Syed Mustapha, Ahmad Subki Miskon & Aliza Adnan. (2015). Kemahiran Belajar. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.
  2. Syed Ismail, Ahmad Subki dan Aliza Adnan. (2014).Kemahiran Belajar. Puchong Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
  3. Kemahiran Belajar. (2013). Menganalisis maklumat yang dikumpul. Diakses dari https://sites.google.com/site/kemahiranbelajar123/bab-6-kemahiran-memproses-maklumat-penyediaan-bahan-bertulis/6-1-menganalisis-maklumat-yang-dikumpul-1

PENYESUAIAN SOSIAL


PENYESUAIAN SOSIAL 

Dikarang oleh : Adelinda Anthony

Penyesuaian sosial merupakan satu proses interaksi antara individu dengan persekitaran dan dalam usaha individu berkenaan untuk memenuhi keperluannya dan mencapai matlamat dalam sesuatu persekitaran. Penyesuaian berlaku dalam pelbagai aspek seperti sikap, tingkah laku, hubungan dengan masyarakat dan cara kehidupan. Pelajar perlu mempunyai penyesuaian sosial yang tinggi dengan pensyarah, rakan-rakan dan persekitaran untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pendidikan.



Rajah 1 menunjukkan isu-isu  yang akan dibincangkan dalam penyesuaian sosial


1.1 KEMAHIRAN INTERPESONAL


Kemahiran interpersonal merujuk kepada algoritma mental dan berkomunikasi yang digunakan semasa komunikasi dan interaksi sosial untuk mencapai kesan atau keputusan tertentu. Menurut teori Multiple Intelligences ( Gardner, 1993 ) kemahiran interpersonal merupakan keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain dan memahami mereka.

Kepentingan hubungan interpersonal ialah: 
  • Melahirkan persefahaman yang baik antara pelajar
  • Membantu guru menggunakan pelbagai bentuk komunikasi yang baik.
  • Meningkatkan kepekaan guru dengan keperluan kemanusiaan pelajar
  • Meningkatkan kebolehan guru kepada konsep pemusatan pelajar.




Rajah  2 menunjukkan kemahiran interpersonal.


1.2 KEMAHIRAN INTRAPERSONAL

Kemahiran intrapersonal adalah keupayaan kognitif seseorang untuk memahami dan mengenali diri sendiri. Kemahiran intrapersonal yang dimiliki oleh seseorang  membolehkan mempunyai tanggapan terhadap diri sendiri, kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan serta kemampuan untuk mendisiplinkan diri dan jati diri.


Rajah 3 menunjukkan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar untuk memperbaiki kemahiran intrapersonal.

1.3 PELAJAR SEBAGAI AHLI KOMUNITI PEMBELAJARAN

Komuniti pembelajaran boleh diertikan sebagai kumpulan manusia yang saling berkongsi, bertindak secara koperatif, dan kolaboratif, mempunyai matlamat yang dikongsi bersama serta saling membantu dalam proses belajar. Pembelajaran dalam bentuk komuniti pembelajaran sesuai dengan cara semula jadi manusia belajar dan sesuai dengan keadaan sebenar dunia.


Rajah 4 menunjukkan pelajar sebagai ahli komuniti pembelajaran


1.4 ISU-ISU PERKONGSIAN MAKLUMAT

Perkongsian maklumat melibatkan proses penemuan dan mendapatkan maklumat, penapisan dan penyusunan maklumat, dan nilai yang  terhasil daripada perkongsian dan penggunaan maklumat pengetahuan tersebut dalam  sesebuah organisasi. Penggunaan ICT dalam P&P boleh dijalankan oleh semua guru dan juga dalam semua matapelajaran sekiranya kita mengetahui cara-cara pengendalian peralatan ICT dengan betul. Pengetahun yang luas dalam bidang ICT ini bukan sahaja dapat menambahkan maklumat, malah kita juga dapat berkongsi maklumat melalui aplikasi-aplikasi yang tertentu yang terdapat dalam ICT.

Rajah 5 menunjukkan perkongsian maklumat melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi.


1.5 ISU GENDER DALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK

Gender adalah perbezaan sifat, peranan, fungsi, dan status antara lelaki dan perempuan dalam perjanjian sosial dan juga aspek biological. Peranan antara lelaki dan perempuan berubah mengikut budaya, keadaan dan situasi di mana mereka berada. Kebimbangan pelbagai pihak mengenai jurang kecemerlangan akademik antara pelajar lelaki dan perempuan perlu diberi perhatian demi memastikan proses kelangsungan pendidikan antara dua gender itu dapat diimbangi dengan baik.

        Rajah 6 menunjukkan isu gender dalam kecemerlangan akademik.




RUJUKAN

Fitriah, A. (2013). Hubungan kepercayaan diri dengan penyesuaian sosial.

Wima Bin Ary, T. R. (2005). HUBUNGAN KONSEP DIRI DENGAN PENYESUAIAN SOSIAL, 12.

































SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN


1.1 DEFINISI SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN


Image result for GAMBAR KARTUN BELAJAR SAMA-SAMAImage result for GAMBAR KARTUN BELAJAR SAMA-SAMA

Sistem Pengurusan Pembelajaran adalah atau lebih dikenali sebagai Learning Managment System(LMS).LMS merupakan sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran,dokumentasi dan laporan program latihan,kelas serta aktiviti dalam talian,e-learning program dan kadar latihan.LMS juga merupakan satu projek yang dirintis berdasarkan kerjasama di antara Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) dan MAMPU. MAMPU telah merintis LMS di bawah inisiatif Open Source Software(OSS).

 LMS boleh dibahagikan kepada dua kategori,iaitu proprietary dan open source. 

➜Contoh LMS proprietary yang biasa digunakan adalah Blackboard 
➜Contoh bagi LMS open source pula ialah Moodle  dan digunakan secara meluas kerana ia adalah percuma dan boleh di ubah suai. LMS di SPIN pula ialah merupakan sistem pengurusan pegajaran dan pembelajaran interaktif.

Image result for moodleImage result for moodle

1.2 CIRI-CIRI SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN


⏭Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) biasanya menggunakan internet melalui e-pembelajaran yang diperoleh di laman web universiti atau kolej. 
⏭SPP digunakan untuk membantu memudahkan pengurusan dilakukan ke atas pelajar, subjek-subjek setiap semester, membantu pensyarah mengurus subjek yang ditawarkan dan pentadbiran sepanjang pengajian di universiti, institut dan kolej.

Berikut merupakan contoh sistem pengurusan pembelajaran yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
Image result for sistem pengurusan pembelajaran UIA

1.3 KEGUNAAN SISTEM PEMBELAJARAN

⬌Sistem Pengurusan Pembelajaran atau LMS mampu memberi impak kepada asas aktiviti institusi pendidikan.      
⬌LMS juga memainkan peranan di dalam latihan dan pengukur kemahiran perniagaan.

⬌ Ia perlu diselarikan dengan prosedur standard untuk semua aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pengajaran termasuk menangani isu-isu dasar yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti ini.

⬌Hasilnya terhadap pilihan LMS sama ada komersial atau sumber terbuka, telah menggabungkan semua isu ini di dalam pelaksanaannya.
⬌LMS biasanya menawarkan pelbagai alatan untuk menyediakan kursus yang lebih berkesan dan ia adalah alatan yang sesuai untuk memperkemaskan pembelajaran dengan menggunakan kelebihan yang terdapat di internet tanpa mengabaikan kepentingan seorang guru.

Moodle merupakan salah satu perisian sistem LMS yang dikategorikan sebagai sumber terbuka dan dilihat mempunyai nilai yang tinggi dan paling tinggi penggunaannya di dalam komuniti pendidikan, khususnya pendidikan tinggi dan universiti.

⇒Kelebihan utama perisian sumber terbuka ialah kos pelesenannya dihapuskan tidak seperti LMS yang komersil.  
⇒ Kedua ialah perisian Sumber terbuka mempunyai fungsi yang boleh disesuaikan dan diubah untuk memenuhi keperluan pengguna. 
⇒ Ketiga,sokongan bantuan terhadap sumber terbuka adalah amat kuat.

Moodle semakin mendapat populariti dalam kalangan universiti dunia dan sama ada yang sedang digunakan atau telah lama digunakan di beberapa universiti dunia.  Kebanyakan laman web universiti-universiti di United Kingdom telah mendedahkan penggunaan penuh mereka terhadap Moodle termasuklah Kent,Essex, Bath, Birmingham, Glasgow,Open University and City of Dublin. Universiti yang menggunakan Moodle ialah UNITEN.

Contoh Laman Sesawang Moodle yang digunakan di UNITEN atau Universiti Tenaga Nasional Berhad



1.4 KEPENTINGAN SISTEM PEMBELAJARAN

1.Pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa.Hal ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif.

2.Penggunaan kos secara efektif.Pembelajaran secara efektif melalui talian ini membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan secara digital atau laman web.

3.Berpeluang untuk berbincang dengan pakar dari universiti melalui emel atau blackboard.

4.Memberikan pelbagai kemudahan samaada untuk pelajar,pengurus kursus,tutor,pengurus pusat pembelajaran.

5.Pelajar dapat merancang pembelajaran,dapat berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan sekelas secara maya dan memboleh pelbagai maklumat didapati.

6.Pengurus pusat pembelajaran pula adalah,untuk menguasai penggunaan suatu perisian kursus dan dan dapat menyalur bahan dari pelbagai sumber.

7.Pengurus kursus adalah,dapat mendaftarkan pelajar mengikut kursus serta dapat menjalankan program kepada pelajar.




Antara Open Source(Sumber Terbuka ) yang ditawarkan dalam LMS

1.Adobe Captivate
Image result for adobe captiVATE

2.Adobe Photoshop
Image result for adobe photoshop

3.DOS(Disk Operating System)

Image result for dos

4.UNIX
Image result for unix


5.UNUX

Image result for unUX



RUJUKAN

1.Harris, M. dan Wilson, V, 2003. “Designing the Best : A Review of Effective Teaching and Learning of Design and Technology”. International Journal of Technology and Design Education. 13, ms. 223 – 241.

2.Nabila Azfar. (2016, September 26). Sistem Pengurusan Pembelajaran(LMS). Retrieved from e-Kemahiran Belajar: http://cikgunabilazfar.blogspot.com/2016/09/bab-8-sistem-pengurusan-pembelajaran.html

3.Tan Ai Lee. (2018). Kemahiran Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

4.Zimmerman, B. J, 1990. “Self-regulated learning and academic achievement : an overview”. Journal of educational Psychology. 25 (1), ms. 3 – 17.

5.Aqif Hassan. (2018, Julai 26). Sekolah Digital. Retrieved from Harian Metro Online: https://www.hmetro.com.my/itmetro/2018/07/361921/sekolah-digital


Video



KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT DAN PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS

Kemahiran Memproses Maklumat & Penyediaan Bahan Bertulis Dikarang oleh: Farisha Binti Mahashim Kemahiran memproses maklumat merupa...